Description
Najib tidak perlu menjalani tahanan rumah bersendirian di kediamannya di Jalan Langgak Duta. Sebaliknya beliau dibenar untuk tinggal bersama isteri serta anak cucu.
Namun, kebebasan itu tertakluk kepada beberapa syarat ketat yang ditetapkan pihak berkuasa.
Sekiranya didapati melanggar syarat, Najib akan dikembalikan ke penjara.
Perikatan Nasional (PN) mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya memecat semua menteri DAP susulan dakwaan mempersoalkan keputusan pengampunan diraja terhadap Najib.
Untuk rekod, hanya Anthony Loke menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar pada 28 September lalu, namun menteri dan timbalan menteri DAP lain memutuskan kekal dalam Kerajaan Perpaduan.
Anggota polis diingatkan untuk tidak teragak-agak melepaskan tembakan sekiranya berdepan ancaman.
Peringatan itu dibuat Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus kejadian serangan di Kepong malam tadi yang menyebabkan seorang anggota polis terputus bahagian tangan akibat ditetak.
-
Jika anda menyukai laporan yang kami hasilkan, kami amat berbesar hati jika anda boleh membuat sumbangan kepada kami. Anda boleh menyumbang dengan klik pada pautan yang disertakan:
https://membership.malaysiakini.com/donation/kinitv
Anda juga boleh mendengar Sekilas Fakta yang kini berada di:
Spotify: https://mk.my/A1IGfbX
Apple Podcasts: https://mk.my/sYM0FOY
